Cari @ Amanz

TikTok ialah platform media sosial paling popular di kalangan pengguna muda sehingga dilihat sebagai pesaing terhebat kepada Facebook dan Instagram. Bagi pemilik akaun TikTok, antara isu yang dihadapi ialah mereka masih ingin melakukan perkongsian kandungan mereka ke platform lain dengan lebih mudah.

Kini TikTok akhirnya memberikan sokongan untuk TikTok Stories dikongsi lebih mudah ke Instagram, Facebook dan Reddit. Terdapat pilihan baharu untuk menghantar video dari TikTok ke tiga platform ini. Ciri ini baru sahaja dilancarkan dengan ia masih belum diaktifkan kepada kesemua pengguna platform.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd