Aplikasi WhatsApp Untuk Windows Dilancarkan Dengan Versi Mac Sedang Dibangunkan

Diterbitkan pada Ogos 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara fenomena moden yang kami sedari ialah semakin ramai memilih melakukan perbualan dan perbincangan menggunakan WhatsApp berbanding emel. Sebagai insan tua saya lebih menggemari emel tetapi harus berubah mengikut zaman dan tab WhatsApp dibuka di pelayar web. Tetapi kini aplikasi WhatsApp natif untuk Windows akhirnya dilancarkan secara rasmi.

Sebelum ini ia hanya ditawarkan dalam versi Beta. Perbezaan utama aplikasi ini dengan Beta ialah ia masih boleh beroperasi walaupun telefon tidak mempunyai capaian internet. Ia boleh beroperasi secara kendiri dengan antaramuka yang mirip dengan versi pelayar web.

Turut diumumkan oleh WhatsApp ialah aplikasi natif untuk macOS turut sedang dibangunkan tetapi versi Beta kini boleh dimuat turun sekiranya pengguna ingin menggunakannya lebih awal.

Muat turun aplikasi WhatsApp dari Windows Marketplace

komen


© Amanz / 2022 Kami