Pasukan Bantuan Kecemasan Jepun Menguji Kaca Mata AR Di Lapangan

Diterbitkan pada Ogos 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penggunaan kaca mata AR telah dimulakan di kilang, pusat membaiki kenderaan dan juga kereta kebal. Di Jepun ia kini digunakan oleh pasukan bantuan kecemasan (EMT) di lapangan untuk memberikan bantuan awal yang terbaik kepada pesakit.

Set kaca mata Vuzix M400 digunakan pasukan EMT Jabatan Bomba Shunto Izu untuk membolehkan doktor di hospital melihat pesakit sebelum mereka tiba ke hospital. Doktor kemudiannya boleh mengambil keputusan tepat apa yang harus dilakukan untuk menyelamatkan nyawa pesakit setibanya di hospital tanpa perlu melakukan pemeriksaan terlebih dahulu.

Doktor di hospital juga boleh melihat degupan jantung dan ECG pesakit sebelum tiba ke hospital dengan bantuan set AR ini. Projek ini dilakukan sebagai ujian untuk melihat keberkesanannya dalam memberikan bantuan kecemasan awal kepada pesakit.

komen


© Amanz / 2022 Kami