MediaTek dahulunya menjadi bahan ketawa kerana cip mereka yang murah menawarkan prestasi yang tidak memuaskan berbanding cip Qualcomm dan Samsung. Tetapi kini semuanya berubah dengan cip Dimensity mereka mampu menawarkan prestasi yang tinggi. Hari ini mereka melancarkan pula cip MediaTek T830.

Cip MediaTek T830 adalah untuk router dan peranti hotspot 5G yang dilengkapi empat teras Cortex-A55 2.2 GHz yang dipadankan pula dengan modem M80. Sebuah NPU juga disertakan.
Cip ini menyokong rangkaian 5G Sub 6Ghz dengan kelajuan muat turun sehingga 7Gbps, kelajuan muat naik 2.5 Gbps serta turut boleh menyokong rangkaian WiFi 7. Seperti kesemua cip terkini di pasaran, MediaTek T830 dihasilkan menggunakan teknologi 4nm.