Horizon Worlds ialah dunia metamesta yang menjadi percaturan Meta untuk mendominasi Web 3.0. Dengan menggunakan set kepada Meta Quest, pengguna boleh meneroka dunia realiti maya bersama teman serta bekerja dalam ruang peribadi maya ketika di rumah. Minggu ini Meta mengumumkan Horizon Worlds kini boleh diakses di dua lagi negara iaitu Perancis dan Sepanyol.

Ketika dilancarkan pada penghujung tahun lalu, Horizon Worlds hanya boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja. Akses masih lagi dihadkan kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Ini pastinya akan meningkat jumlah pengguna yang sebelum ini dilaporkan sekitar 300,000 sahaja setakat ini.
Bagi menyokong Horizon Worlds, Meta akan melancarkan beberapa lagi set kepala Quest baharu dengan salah satunya adalah set kepada VR premium untuk gaming dengan kemampuan grafik yang tinggi.
- Sumber
- Sumber – Meta