Harga Langganan Microsoft 365 Family Diturunkan Ke RM29 Bermula 1 September

Diterbitkan pada Ogos 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft 365 Family ialah sebuah perisian produktiviti yang membenarkan pengguna untuk menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Excel, Powerpoint dan juga memberi pengguna storan Microsoft OneDrive sebanyak 1TB dan boleh dikongsi dengan 5 pengguna lain.

Sebelum ini, langganan untuk perisian ini ditetapkan pada RM36 sebulan, yang mana sekiranya ia dikongsi dengan 5 pengguna lain, bermakna bahawa seorang pengguna hanya perlu membayar RM6 sebulan.

Terkini, Microsoft telah mengumumkan bahawa harga langganan untuk perisian tersebut telah diturunkan lagi ke RM29 sebulan, menjadikan langganan untuk perisian produktiviti ini lebih murah lagi. Microsoft mengatakan bahawa penurunan harga ini adalah kerana perubahan dari segi pasaran.

Para pelanggan sedia ada akan dikenakan harga baru ini bermula 1 September 2022 apabila pengguna dicas untuk langganan mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami