Cari @ Amanz

Siri komponen dan peranti ASUS ProArt dibangunkan khusus untuk profesional-profesional kreatif yang mahukan gabungan prestasi sebuah komputer gaming berkuasa, tetapi masih juga mahukan rekaan elegan dan juga olahan warna dan grafik yang jitu untuk mengeluarkan hasil kerja kreatif yang terbaik.

Kini, ASUS Malaysia telah mengumumkan bahawa setiap pembelian komponen komputer ataupun peranti ASUS ProArt akan hadir dengan langganan tiga bulan percuma untuk perisian produktiviti kreatif profesional Adobe Creative Cloud.

ASUS

Ini termasuklah pembelian papan induk, paparan skrin, komputer desktop, komputer riba ProArt Studiobook, termasuklah komputer riba ASUS Zenbook dan Vivobook yang ada di pasaran. Malah, untuk paparan skrin, pelanggan yang membeli paparan ASUS ROG, TUF dan ZenScreen juga layak menerima langganan tiga bulan percuma Adobe Creative Cloud tersebut.

ASUS Malaysia juga memberi langganan Adobe Creative Cloud satu bulan percuma untuk pembelian komponen ASUS ROG seperti papan induk dan kad grafik.

Pelanggan-pelanggan ASUS yang layak untuk mendapatkan langganan percuma Adobe Creative Cloud ini ialah mereka yang membeli peranti dan komponen ASUS ProArt dari 15 September 2021 sehingga 15 September 2022.

Anda hanya perlu ke laman web ini untuk memasukkan bukti pembelian anda, dan ia juga akan memberikan anda langkah-langkah untuk menebus kod Adobe Creative Cloud tersebut. Kod ini kemudiannya boleh digunakan untuk mana-mana tiga bulan sehingga 31 Ogos 2023.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd