Teknologi kecerdasan buatan membolehkan wajah insan A ditampal pada wajah Insan B sehingga boleh menimbulkan fitnah. Adakah sukar untuk mempercayai imej yang dikongsi di media sosial kerana teknik pemalsuan dan manipulasi yang semakin baik. Sony bulan ini mula menawarkan teknologi baharu yang akan menyukarkan pemalsuan imej dan memudahkan ia dikesan.

Setiap imej yang diambil menggunakan teknologi tandatangan digital pada kamera Sony ini akan mempunyai identitinya yang tersendiri. Ini akan disimpan oleh pemilik asal. Sekiranya pixel pada gambar dijital ini diubah atas tujuan manipulasi misalnya, ia akan berubah daripada tandatangan digital semasa ia diambil. Dengan ini keaslian imej dapat dikesan dengan mudah.
Sony melihat teknologi ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengambil gambar pasport dan kad pengenalan nasional. Sony hanya memberikan teknologi tandatangan digital ini pada kamera Alpha 7 IV sahaja pada waktu ini dengan ia akan dikembangkan kepada model lain di masa hadapan.
- Sumber
- Sumber – Sony