Cari @ Amanz

Alienware ialah sebuah jenama gaming yang cukup terkenal khususnya untuk penawaran komputer dan paparan skrin mereka. Terkini, Dell Malaysia telah membawa masuk dua model paparan skrin Alienware Gaming Monitor untuk pasaran tempatan.

Dua paparan tersebut ialah Alienware 25 Gaming Monitor dan juga Alienware 27 Gaming Monitor, dua paparan skrin gaming yang tampil dengan rekaan, spesifikasi dan juga corak penggunaan yang berbeza diantara satu sama lain.

Bermula dengan Alienware 25 Gaming Monitor, paparan skrin ini hadir dengan panel IPS bersaiz 24.5 inci dengan resolusi Full HD dan juga kadar segar semula 360Hz. Ia boleh memaparkan 99 peratus gamut warna sRGB dan mempunyai nilai kecerahan 400 nit dan hadir dengan sokongan teknologi paparan AMD FreeSync Premium.

Dari segi rekaan, paparan Alienware 25 Gaming Monitor ini mempunyai paparan yang berbingkai nipis dan juga tapak yang lebih kecil untuk memberi lebih banyak ruang diatas meja. Ia juga hadir dengan sejumlah besar palam seperti HDMI 2.0, DisplayPort 1.4, tiga palam USB 3.2 Type-A untuk menyambungkan pelbagai jenis peranti terus kepada paparan tanpa perlu menggunakan sambungan pada komputer.

Alienware 27 Gaming Monitor pula menggunakan paparan skrin TFT dengan saiz 27 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 240Hz dengan kebolehan memaparkan 99 peratus gamut warna sRGB dan nilai kecerahan 350 nit. Ia juga hadir dengan sokongan untuk teknologi paparan AMD FreeSync Premium dan juga NVIDIA GSYNC yang mengurangkan kadar screen-tearing pada paparan skrin.

Alienware 27 Gaming Monitor memperlihatkan rekaan gaming agresif yang secara lazimnya diperlihatkan pada rekaan komputer dan paparan mereka yang lain. Ia juga hadir dengan paparan berbingkai nipis yang sama pada Alienware 25 Gaming Monitor, dan walaupun ia juga mempunyai palam HDMI 2.0 dan DisplayPort 1.4 yang sama, ia hadir dengan palam USB 3.1 Type-A untuk menyambungkan aksesori-aksesori mereka.

Alienware 25 dan 27 Gaming Monitor ini dibangunkan untuk tujuan e-sukan, dan mereka yang mementingkan kadar segar semula tinggi lebih daripada resolusi. Ini cukup berguna untuk pelbagai jenis permainan e-sukan seperti Dota 2, League of Legends, Counter-Strike Global Offensive, Valorant dan sebagainya.

Dell Malaysia telah mula membawa masuk paparan-paparan gaming ini ke pasaran Malaysia, dan ia sudah boleh dibeli pada tanda harga berikut:

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd