Cari @ Amanz

Harimau Tasmania atau nama saintifiknya tylacine dipercayai telah pupus sejak 1936 apabila haiwan terakhir mati di Zoo. Haiwan marsupial ini diburu sehingga pupus di Australia kerana ia memburu haiwan ternakan. Selepas hampir 100 tahun pupus, saintis dari Australia dan Amerika Syarikat ingin mengembalikannya semula ke dunia.

Saintis dari Colossal Biosciences dan Makmal TIGRR Universiti Melbourne akan cuba mengembalikan tylacine menerusi teknik sel tunjang dan suntingan gen. Gen dari spesies marsupial yang hampir sama dengan tylacine akan digunakan bagi tujuan ini. Sekiranya berjaya, saintis ingin memperkenalkannya semula ke habitat liar dalam masa 10 tahun bagi mengembalikan keseimbangan ekosistem.

Sebelum ini Colossal juga mengumumkan mereka dalam proses untuk mengembalikan juga gajah mamot yang sudah pupus lebih 10,000 tahun yang lalu. Pengumuman mereka dikritik komuniti sains yang merasakan ia bukan sahaja mustahil tetapi bermasalah kerana habitat kedua-dua haiwan yang pupus ini tidak lagi wujud.


© 2023 Amanz Media Sdn Bhd