Cari @ Amanz

Apple Watch Series 3 adalah jam tangan pintar Apple yang tidak akan menerima sokongan kemaskini kepada watchOS 9. Jam ini adalah antara jam tangan Apple yang saya sendiri perhatikan ramai orang pakai kerana selepas Series 5 diperkenalkan, jam ini dijual pada harga bermula RM849. Untuk Apple, ia adalah mampu milik.

Walaupun begitu, Apple tidak melupakan pengguna jam Apple Watch Series 3. Baru-baru ini Apple telah mengedarkan kemaskini watchOS 8.7.1 khusus untuk pengguna jam model ini. Kemaskini ini membaiki masalah jam yang but semula secara tiba-tiba. Jadi jika anda adalah pengguna jam ini, kemaskini sekarang untuk kekal menggunakan jam ini tanpa masalah.

Tidak pasti juga sama ada adakah ini kemaskini terakhir watchOS 8 untuk Apple Watch Series 3, kerana bukan hadapan Apple dijangka akan mengedarkan kemaskini watchOS 9 untuk jam yang disokong.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd