Cari @ Amanz

U Mobile hari ini memperkenalkan pelan pascabayar baharu, iaitu U Postpaid 98, pada harga RM98. U Mobile mengatakan ia hadir dengan data sebanyak 1TB, dan ia sedia untuk rangkaian 5G.

Pelan ini juga turut hadir dengan sokongan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, selain sokongan untuk penggunaan data ketika merayau di luar negara, sebanyak 15GB.

Walaubagaimanapun, untuk penggunaan hostpot, U Postpaid 98 ini hanya hadir dengan data sebanyak 5GB sahaja, dan tidak berkongsi dengan jumlah data 1TB berkenaan.

Selain daripada pelan U98 ini, pihak U Mobile turut mengemaskini pelan U Postpaid 38 dengan penawaran data sebanyak 30GB, selain U Postpaid 68 dengan penawaran data sebanyak 100GB. Kesemua pelan baharu ini juga mengehadkan hotspot kepada 5GB sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman U Mobile untuk pelan baharu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd