Cari @ Amanz

April lalu, Razer telah melancarkan soundbar gaming generasi kedua mereka iaitu Razer Leviathan V2. Ia dijual pada harga RM1,399 dengan sokongan THX, RGB Razer Chroma, dan sambungan Bluetooth 5.2.

Jika anda rasakan soundbar tersebut mahal, hari ini Razer telah melancarkan versi kompak pula iaitu Razer Leviathan V2 X. Ia mempunyai panjang 400mm, kecil, kompak dan nampak kemas pada meja gaming. Walaupun saiznya kecil, ia masih dimuatkan dengan dua pemacu audio julat-penuh dan dua radiator pasif untuk audio yang lebih jelas dan mampu bertalun secara lebih dalam untuk bass yang hebat.

Kekuatan audio yang boleh dilontarkan adalah sehingga 90dB pada jarak 1 meter. Razer Leviathan V2 X boleh disambung menggunakan satu kabel USB-C untuk kuasa dan audio atau juga secara nirwayar melalui Bluetooth 5.0. Ia turut menyokong kawalan menggunakan aplikasi Razer Audio App serta mempunyai lampu RGB 14 zon Razer Chroma untuk memeriahkan lagi meja gaming pengguna.

Pada bahagian atas beberapa butang fizikal turut disertakan seperti untuk sumber, Bluetooth, butang kuasa dan butang kawalan aras suara. Razer Leviathan V2 X dijual di Malaysia pada harga RM499.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd