Carian
Garmin Enduro 2 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM5440
August 18, 2022 Amy Maizuraa

Garmin Enduro 2 kini sudah boleh didapati di Malaysia. Ia dipasarkan sebagai seutas jam tangan pintar dengan ketahanan bateri cukup baik yang mampu beropeasi sehingga 550 hari. Bagi yang berminat, Garmin Enduro 2 dijual pada RM5,440 seutas dalam warna hitam. Ia telah sedia dibeli menerusi beberapa saluran berbeza termasuk Shopee, Lazada dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia.

Garmin Enduro 2 didatangkan dengan tubuh yang diperbuat daripada polimer gentian karbon dan titanium sementara itu skrin 1.4-inci pula menggunakan bahan Power Sapphire. Bahagian tali pula diperbuat dari bahan nilon. Dari segi fungsi, ia turut memuatkan kemampuan menjejak nadi, aktiviti sukan, oksigen dalam darah, peta terbina, kuasa tubuh dan pelbagai lagi ciri yang diperlukan oleh pengguna sukan aktif.

Kemampuan bateri yang disertakan pula membolehkan Enduro 2 beroperasi sehingga 46 hari dengan sekali caj dalam mod jam tangan pintar tetapi ia akan bertambah sehingga 550 hari dalam mod jam biasa. Dalam mod GPS pula menjunam ke 150 jam.

Komen