Huawei FreeBuds Pro 2 merupakan sepasang fon telinga nirwayar dengan rekaan jenis dalam telinga dan tubuh bertangkai panjang seperti model sebelum ini. Ia juga telah dilancarkan dengan kekuatan pada sistem audio yang di tala Divialet.

Bagi yang menantikan kehadirannya, ia bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan pada 25 Ogos ini. Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai penawarannya akan diketahui sewaktu pelancaran rasmi kelak. Dalam masa sama, harga jualan rasmi akan turut dikemaskini kelak untuk perkongsian bersama.

Huawei FreeBuds Pro 2 menggunakan sepasan pemandu audio dengan padanan tiga mikrofon terbina. Seterusnya, 3 mod pembatalan hingar dengan kemampuan menapis hingar sehingga 47 db turut disertakan menggunakan ciri Intelligent dynamic ANC 2.0. Mod Ultra misalnya direka untuk benar-benar membatalkan hingar seperti dalam kabin pesawat. General untuk ruang terbuka biasa dan Cosy pula untuk menghalang desiran kipas dan pendingin hawa di rumah.

Sokongan audio beresolusi tinggi dan kemampuan kalis air IP54 juga boleh didapati melaluinya. Audio boleh dinikmati menggunakan TWS ini menggunakan codec LDAC.Dengan sekali caj, fon telinga ini boleh beroperasi sehingga 6.5 jam dan meningkat ke 30 jam dengan bantuan pod pengecas.