Cari @ Amanz

Realme 9i 5G akhirnya dilancarkan secara rasmi di India sebagai model baharu di bawah siri Realme 9. Ia merupakan sebuah peranti berspesifikasi kelas pertengahan lengkap dengan 5G terbina menerusi cip MediaTek Dimensity 810. Tidak seperti sebelumnya, peranti ini menggunakan tubuh berkotak bersama skrin rata.

Untuk spesifikasi, Realme 9i 5G dilengkapi skrin 6.6-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip MediaTek Dimensity 810 disertakan dengan padanan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasa 18W.

Sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 50MP (utama) + 2MP (potret) 2MP (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port USB-C, bicu audio 3.5mm, pembesar suara mono, menjalankan Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 dan sebagainya.

Untuk harga, Realme 9i 5G dijual pada INR14999 (~RM843) (4GB/64GB) dan INR16999 (~RM954) (6GB/128GB). Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna seperti Metallica Gold dan Rocking Black.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd