Loceng Pintu Pintar Xiaomi Smart Doorbell 3 Dilancarkan Dengan Kamera 2K Pada Harga RM359

Diterbitkan pada Ogos 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi sejak beberapa tahun lepas sudah mula fokus untuk peranti berhubung di Malaysia. Banyak peranti mereka mula menyokong Google Assistant untuk kawalan arahan suara rumah pintar yang lebih baik.

Xiaomi Malaysia hari ini turut melancarkan loceng pintu pintar Xiaomi Smart Doorbell 3 pada harga RM359.

Loceng pintu pintar ini bukan sekadar boleh berbunyi untuk memberitahu ada orang datang rumah. Tetapi ia turut mempunyai kamera 2K terbina dengan sensor infra merah untuk imej yang jelas pada waktu siang dan malam. Kamera pada loceng pintu pintar ini turut menyokong pandangan 180 darjah dan boleh menjejak pergerakan dengan sistem kecerdasan buatan terbina.

Selain boleh berbunyi, Xiaomi Smart Doorbell ini turut hadir dengan satu speaker yang mempunyai mikrofon untuk dijadikan sebagai interkom agar orang di dalam rumah boleh berkomunikasi dengan tetamu di luar. Ia juga mempunyai bateri 5200mAh terbina yang didakwa boleh tahan hampir lima bulan dengan satu pengecasan.

Jualan akan bermula pada 1 September akan datang di kedai fizikal Xiaomi. Pada 1-9 September dengan harga RM359, pembeli turut akan menerima Xiaomi Mi Motion-Activated Night Light 2 yang berharga RM59 secara percuma.

komen


© Amanz / 2022 Kami