Carian
CIMB Dijangka Menawarkan CIMB OCTO Versi Web Pada 2023
August 18, 2022 Aman

CIMB hari ini telah memperkenalkan aplikasi generasi baharu untuk perbankan mudah-alih, dinamakan CIMB Octo. Buat masa ini, aplikasi CIMB Octo hanya menawarkan ciri yang terhad sahaja, dan dijangka akan ditambah dengan ciri-ciri lain secara berperingkat.

CIMB sendiri menyasarkan untuk aplikasi versi penuh akan diperkenalkan pada pertengahan pertama 2023 kelak.

Selain daripada aplikasi mudah-alih, CIMB turut menyatakan mereka akan memperkenalkan CIMB Octo versi web pada 2023 selepas versi mudah-alih lengkap dengan pelbagai ciri-ciri.

Buat masa ini, lebih perhatian diberikan kepada versi mudah-alih kerana ia yang paling kerap digunakan pengguna – selari gaya hidup masa kini.

CIMB juga masih tidak memberikan sebarang tarikh pasti berkenaan adakah CIMBClicks akan turut dimatikan dalam setahun dua lagi apabila CIMB Octo ini lengkap sepenuhnya kelak.

Komen