Carian
Honor 70 5G Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1999
August 18, 2022 Amy Maizuraa

Honor 70 5G akhirnya dilancarkan secara rasminya di Malaysia hari ini. Ia ialah sebuah telefon pintar Android kelas pertengahan lengkap dengan rangkaian 5G terbina menerusi penggunaan cip Snapdragon 778+. Selain itu ia juga memberi penumpuan kepada kemasan yang baik dengan tubuh premium.

Peranti pintar ini dijual di Malaysia pada tanda harga RM1999 (8GB/256G) dengan hadiah menarik bernilai RM597 yang turut disertakan. Bagi yang berminat, ia akan tersedia menerusi pengedar sah Honor di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi, Honor 70 5G dilengkapi skrin 6.67-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 778+, GPU Adreno 642L, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 4800mAh dengan pengecasan 66W Honor SuperCharge turut digunakan. Kamera utama pula terdiri dengan 54-Megapixel + 50-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera swafoto 32-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan Magic UI 6.1 berasaskan Android 12, Wi-Fi 6, rangkaian 5G terbina dan banyak lagi.

Komen