Honor MagicBook 14 (2022) Turut Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM4299

Diterbitkan pada Ogos 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran hari ini turut memperlihatkan pengenalan untuk MagicBook 14 (2022) sebagai model kemaskini buat beberapa versi yang telah diumumkan sebelum ini. Bagi yang berminat, komputer riba ini dijual di Malaysia pada harga bermula RM4299 (Intel Iris Xr) dan RM5099 (RTX2050) dalam warna Space Gray.

Untuk spesifikasi, skrin adalah sejenis LCD 14-inci dengan resolusi 2.1K (2160 x 1440 piksel). Ciri tambahan lain yang turut disertakan termasuklah sokongan untuk gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 300nits, nisbah aspek 3 : 2 dan nisbah skrin ke-badan mencapai 88.15%.

Turut melengkapi komputer riba ini adalah CPU Intel-Core i5-12500H bersama dua pilihan GPU iaitu NVIDIA RTX 2050 atau Intel Iris Xe. Memori yang menyokong pula sebesar 16GB LPDDR5 4800MHz RAM dan storan SSD 512GB.

Kapasiti bateri pula sebesar 75Wh dengan sistem pengecasan 100W, di samping turut dilengkapi sokongan NFC, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan menjalankan menjalankan Windows 11 Home 64-bit Operating System. Pilihan I/O pula terdiri dengan 1 X USB-A 3.2, 2 X USB-C 3.2 HDMI 2.0 dan bicu audio 3.5mm.

komen


© Amanz / 2022 Kami