Xiaomi Smart Pet Feeder Dan Fountain Dilancarkan Pada Harga Bermula RM279

Diterbitkan pada Ogos 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi nampaknya turut mengambil berat mengenai haiwan peliharaan pengguna-pengguna mereka. Acara pelancaran hari ini, Xiaomi Malaysia turut mengumumkan yang mereka akan menjual dua produk khusus untuk haiwan peliharaan.

Produk ini adalah Xiaomi Smart Pet Feeder dan Xiaomi Smart Pet Fountain. Satu untuk memberi makanan dan satu lagi adalah untuk minuman.

Xiaomi Smart Pet Feeder dibina dari bahan binaan yang lembut dengan sistem pendispesan 6-grid serta mempunyai pengacau silikon terbina dengan bilah yang boleh mengeluarkan makanan sebanyak 10,000 kali. Makanan akan dikeluarkan secara automatik melalui butang pada aplikasi atau boleh dijadualkan mengikut masa tertentu. Jika pengguna jauh dari rumah, aplikasi turut masih boleh digunakan untuk kawalan dari jarak jauh.

Xiaomi Smart Pet Feeder ini boleh menyimpan makanan kucing atau anjing sehingga 1.8kg dan ia tidak akan masuk angin untuk memastikan sentiasa segar dan bersih untuk haiwan peliharaan menikmatinya dengan enak.

Xiaomi Smart Pet Fountain pula adalah untuk memberi haiwan kesayangan pengguna air yang segar setiap hari. Ia boleh menjadikan air yang diisi seakan air yang ditemui di alam semula jadi yang bersih dan segar. Air akan teroksigen setiap kali dikeluarkan untuk menarik perhatian haiwan-haiwan dan turut akan ditapis dengan bersih. Seperti Smart Pet Feeder, produk in turut boleh dikawal dengan aplikasi untuk memberi amaran mengenai air berkurangan, jika perlu dibersihkan atau menukar penapis.

Xiaomi Smart Pet Feeder dijual di Malaysia pada harga RM459, sementara Xiaomi Smart Pet Fountain pula dijual pada harga RM259. Pra-tempahan akan dibuka pada 15-18 September dan siapa yang membeli Smart Pet Feeder di kedai fizikal mereka akan menerima Mi Home Security Camera 360° yang bernilai RM149 secara percuma, sementara yang membeli Smart Pet Fountain akan menerima diskaun RM40 untuk pembelian.

komen


© Amanz / 2022 Kami