Cari @ Amanz

Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memperkenalkan Portal Aduan Buli, memudahkan untuk para pelajar yang, mangsa atau ibu bapa untuk melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah.

Dengan langkah ini, aduan akan disalurkan terus kepada pihak Kementerian pendidikan, sebelum langkah seterusnya diambil. Selain melalui portal khusus, orang ramai juga boleh melakukan aduan melalui talian khas (03-88849352), selain emelkan kepada [email protected].

KPM mengatakan maklumat pengadu akan dirahsiakan sekiranya mereka inginkan. Ia juga ditekankan, KPM tidak berkompromi dalam isu buli, dan pihak sekolah turut diarahkan tidak sembunyikan kes buli di sekolah.

Pada tahun ini sahaja, KPM telah sabitkan 122 kes buli – iaitu antara Januari ke Julai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd