Apple Watch Dan MacBook Akan Mula Dikilangkan Di Vietnam

Diterbitkan pada Ogos 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selama ini China menjadi kilang dunia dengan hampir kesemua peranti pintar, komputer dan peralatan elektronik dipasang di negara tersebut. Tetapi perang ekonomi serta penangan pandemik memaksa pengeluar untuk mula memikirkan untuk mencari lokasi alternatif bagi mengelakkan sebarang gangguan.

Menurut laporan Nikkei Asian, Apple mula memikirkan untuk mengilangkan Apple Watch dan MacBook di Vietnam. Vietnam ialah alternatif yang menarik kerana berjiran dengan China bagi memudahkan komponen diimport masuk. Tetapi sebab utama MacBook boleh dikilangkan di luar China buat pertama kali adalah kerana komponen yang lebih ringkas memudahkan pemasangannya buat pertama kali.

Sebelum ini iPhone dan AirPods telah dikilangkan di Vietnam. Dengan jumlah tenaga kerja yang tinggi, lokasi yang baik serta kos buruh yang masih agak rendah menjadikan Vietnam pusat pengeluar teknologi pilihan di Asia Tenggara.

komen


© Amanz / 2022 Kami