Bekas Pekerja Apple Bernama Sam Sung Melelong Kad Nama Untuk Tujuan Amal

Diterbitkan pada Ogos 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung ialah pesaing terbesar Apple dalam dunia telefon pintar dengan mereka memegang tempat pertama pengeluaran sepanjang 2021. Tetapi di Vancouver, Sam Sung seorang bekas pekerja Apple Store kini melelong kad nama yang digunakan beliau untuk kutipan amal.

Sebelum ini Sam Sung bertukar di Apple Store yang terletak di Vancouver di antara 2010 hingga 2014. Kad nama yang digunakan semasa masih lagi kakitangan telahpun dilelong sebelum ini juga untuk kutipan amal.

Tetapi sebelum berpindah ke Vancouver beliau pernah bekerja di Apple Store yang terletak di Glasgow, Scotland. Kad nama beliau semasa di Scotland telah ditemukan oleh ahli keluarga dan kad ini pula dilelong sekali lagi untuk tujuan amal.

Beliau kini ingin mengutip dana untuk pusat bantuan wanita di Vancouver. Bagi yang berminat kad bersama dengan baju pekerja Apple Store serta tali lanyard boleh dibida menerusi laman eBay sekarang.

komen


© Amanz / 2022 Kami