Cari @ Amanz

Selepas mati amalan di dunia terhenti kecuali doa dari ahli keluarga dan amal jariah yang dilakukan semasa hidup. Kesemua memori si mati akan cuba dikekalkan menerusi video, surat, atau rakaman suara yang ada. Sebagai insan yang sudah kematian ibu, saya amat merindui berbual dengan arwah walaupun sudah hampir dijemput kembali oleh Ilahi.

Tetapi di United Kingdom, Marina Smith MBE meninggal dunia pada Jun lalu pada usia 87 tahun. Tetapi menerusi teknologi kecerdasan buatan oleh StoryFile, beliau mampu berbual dengan hadirin di majlis pengebumian. Avatar hologram mendiang Smith menjawab soalan yang diberikan oleh hadirin seakan beliau masih lagi hidup.

Sebelum meninggal dunia, StoryFile menggunakan 20 kamera untuk merakam sesi soal jawab dengan Smith dengan belia turut menjawab pelbagai soalan yang dipilih. Menggunakan kecerdasan buatan dan teknologi hologram, sebuah avatar dihasilkan dengan ia boleh menjawab soalan yang ditanya memberikan ilusi si mati sedang bercakap dari alam barzakh.

StoryFile telah dibangunkan sejak 2017 untuk mengumpul cerita dari insan penting seperti William Shatner supaya generasi hadapan boleh berinteraksi dengan mereka selepas meninggal dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd