Hari ini, di acara pelancaran Xiaomi mengumumkan penapis udara baharu mereka. Kali ini mereka memperkenalkan versi dengan saiz yang cukup kecil agar boleh diletakkan di mana-mana kawasan seperti ruangan kecil atau pun di atas meja.
Penapis udara ini adalah Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact. Walaupun hadir dengan tubuh yang kecil, ia masih lagi sebuah penapis udara yang berkuasa dengan kemampuan memerangkap 99.97% habuk-habuk sekecil 0.3 mikron. Xiaomi menggunakan penapis 3-dalam-1 yang bukan sahaja menapis, tetapi turut pembersihan udara dan menghapuskan pencemaran dalam rumah.
Penapis udara kecil Xiaomi ini turut boleh memantau kualiti udara dan memberi maklumat mengenainya melalui empat lampu LED berbeza. Melalui aplikasi Mi Home, pengguna boleh mengawal tahap penapisan dan menyemak kualiti penapis untuk tahu bila perlu tukar.
Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact ini akan dijual di Malaysia pada harga RM459. Tetapi siapa yang membeli penapis udara ini di kedai fizikal mereka dalam tempoh 1-4 September, diskaun RM70 akan diberikan.