Cari @ Amanz

U Mobile hari ini memperkenalkan pelan pascabayar terbaru mereka, dinamakan U Postpaid 98. Ia hadir dengan data sebanyak 1TB atau 1000GB. Bersama-sama dengan pelancaran pelan terbaru tersebut, pihak U Mobile turut berkongsi data berkenaan penggunaan purata pengguna secara menyeluruh.

Menurut U Mobile, mengikut industri, pengguna secara purata menggunakan data sebanyak 25GB sebulan.

Angka penggunaan data ini terus memperlihatkan peningkatan dari hari ke hari – apatah lagi dengan permintaan untuk kandungan dan komunikasi berasaskan video meningkat.

Angka yang dikongsikan oleh U Mobile ini adalah berasaskan kepada industri telekomunikasi secara menyeluruh. Sebelum ini, pihak Celcom turut berkongsi perkara sama, mengatakan pengguna Celcom secara purata menggunakan data sebanyak 25.4GB sebulan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd