Tablet Honor Pad 8 Boleh Didapati Di Malaysia Pada RM1399

Diterbitkan pada Ogos 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor hari ini turut mengumumkan penawaran Honor Pad 8 di Malaysia. Agak menarik untuk pelancara produk kali ini kerana Honor buat kali pertama kalinya membawa masuk tablet ke pasaran tempatan. Bagi yang berminat, Honor Pad 8 ditawarkan pada harga RM1,399 6GB/128GB) dengan hadiah menarik bernilai RM318 diberikan secara percuma.


Tablet ini dilengkapi skrin sebesar 12-inci IPS LCD (2000 X 1200 piksel), dijana cip Snapdragon 680, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 7250mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W. Kamera utama dan swafoto menggunakan sensor sebesar 5-Megapixel.

Lapan pembesar suara dengan teknologi audio Honor Histen turut disertakan pada tablet. Bagaimanapun, tiada jek audio untuk dicucuk fon telinga berwayar. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, bluetooth 5.1, menjalankan Magic UI 6.1 dan sebagainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami