Honor MagicBook X 14 Dan X 15 Dengan Cip Intel Gen-11 Boleh Dibeli Pada Harga Bermula RM2399

Diterbitkan pada Ogos 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain daripada Honor MagicBook 14 (2002), terdapat dua lagi komputer riba lain yang diumumkan pada hari ini. Terdiri dengan Honor MagicBook X14 dan MagicBook X15, kedua-duanya telah dikemaskini dengan cip Intel Generasi Ke-11.

Bagi yang berminat, Honor MagicBook X14 (8GB/512GB) ditawarkan pada RM2599. Sementara itu, Honor MagicBook X15 pula berharga RM2399 (8GB/256GB) dan RM2899 (8GB/512GB). Hadiah menarik bernilai sehingga RM728 turut ditawarkan untuk setiap pembelian setiap satu komputer riba ini.

Untuk spesifikasi, Honor MagicBook X14 skrin IPS LCD 14-inci dengan resolusi 1920×1080. Ciri tambahan lain yang turut disertakan termasuklah sokongan untuk gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 250nits, nisbah aspek 16 : 9 dan nisbah skrin ke-badan mencapai 84%.

Turut melengkapi komputer riba ini adalah CPU Intel Core i3-1115G4 bersama GPU Intel UHD Graphics. Memori yang menyokong pula sebesar 8GB RAM DDR4 2666MHz dan storan SSD 512GB. Kapasiti bateri sebesar 56Wh dengan pilihan I/O yang terdiri dengan USB3.2 Gen1 X 1, USB 2.0 X 1, bicu audio 3.5mm dan HDMI.

Honor MagicBook X15 pula menggunakan skrin IPS LCD 15.6-inci dengan resolusi 1920×1080. Ciri tambahan lain yang turut disertakan termasuklah sokongan untuk gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 250nits, nisbah aspek 16 : 9 dan nisbah skrin ke-badan mencapai 84%.

Turut melengkapi komputer riba ini adalah Intel Core i5-1135G7 dengan GPU Intel Iris Xe Graphics dan Intel Corei3-1115G4 bersama GPU Intel UHD Graphics. Memori yang menyokong pula sebesar 8GB RAM DDR4 2666MHz dan pilihan storan mencapai SSD 512GB. Kapasiti bateri sebesar 42Wh dengan pilihan I/O yang terdiri dengan USB3.2 Gen1 X 1, USB 2.0 X 1, bicu audio 3.5mm dan HDMI.

komen


© Amanz / 2022 Kami