Cip MediaTek Pentonic 700 Dilancarkan Untuk TV Pintar 4K 120FPS

Diterbitkan pada Ogos 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebuah lagi cip pemprosesan dilancarkan MediaTek hari ini selepas T830 untuk router yang diumumkan pagi tadi. MediaTek Pentonic 700 pula ialah cip untuk televisyen pintar dengan skrin 4K 120FPS.

Cip dilengkapi CPU empat teras Cortex A73 pada kelajuan 1.4GHz dan GPU Arm Mali-G52 MC1. Walaupun direka untuk panel 4K 120FPS, Pentonic 700 menyokong sehingga 144Hz menerusi ciri VRR. Selain itu cip ini turut dilengkapi APU yang melakukan proses menaikkan kualiti visual dengan meningkatkan resolusi, ketajaman dan keperincian.

Codec video HEVC, AV1, AVS3, dan VVC (H.266) kesemuanya disokong bagi membolehkan kandungan pelbagai platform penstriman dinikmati. Paparan HDR Dolby Vision IQ, HDR10, HLG, Technicolor/Philips JHDR (ESTI TS 103 433) dan HDR10+ turut disokong bersama dengan audio Dolby Atmos.

komen


© Amanz / 2022 Kami