Cari @ Amanz

Bulan lepas HUAWEI telah melancarkan pelbagai produk dan salah satunya adalah fon audio HUAWEI FreeBuds Pro 2. Peranti TWS ini merupakan kemaskini kepada siri FreeBuds mereka, dan turut membawakan ciri-ciri profesional kepada pengguna. 

Anda mungkin lebih mengenali HUAWEI dengan kecanggihan teknologi yang dibawakan pada rangkaian telekomunikasi serta peranti telefon pintar namun apabila mereka hadir dengan FreeBuds Pro 2 ini, mereka turut membawakan beberapa kecanggihan terkini. Berikut merupakan ciri-ciri utama yang terdapat pada peranti audio ini. 

Dwi Pembesar Suara Dengan Teknologi True Sound Dari Devialet 

Bagi memberikan kualiti audio sebenar, HUAWEI telah bekerjasama dengan Devialet, salah satu syarikat audio terkemuka dari Perancis yang turut membawakan teknologi True Sound kepada FreeBuds Pro 2.

Pada kedua-dua corong audio TWS ini, terdapatnya empat 11mm pemacu audio yang menjana kualiti audio yang tinggi. Malah, ia juga dapat meningkatkan bass response sehingga 30% lebih tinggi. Dengan rekaannya yang tersendiri, ia juga turut memuatkan diafragma audio yang lebih besar, membolehkan bunyian berfrekuensi sangat tinggi (Ultra High Frequency) dapat dijana, memberikan setiap runut bunyi yang lebih persis. 

Dari segi teknikal, ia dapat menjana bunyi dalam frekuensi diantara 14 Hz sehingga 48 kHz. Ini membolehkan treble yang tajam, bass yang dalam, dapat diberikan dengan tepat dan memenuhi keperluan peminat audio yang inginkan bunyi yang pelbagai. Jadi baik untuk kegunaan apa sahaja, FreeBuds Pro 2 dapat memberikan bunyi yang memuaskan hati peminat lagu, sewaktu bermain permua, atau sewaktu menonton video dan drama menggunakan peranti mereka. 

Menyokong LDAC Yang Disahkan Pensijilan HWA Audio & Hi-Res Audio

Apabila membeli apa jua peranti, pensijilan merupakan satu faktor penting dan ia merupakan bukti peranti tersebut mencapai dan mampu memberikan yang terbaik untuk pengguna. HUAWEI FreeBuds Pro 2 juga tidak terkecuali, dan menerima pensijilan HWA serta Hi-Res Audio Wireless. 

Menerusi pensijilan ini juga, ia mengesahkan HUAWEI FreeBuds Pro ini dapat menyokong codec LDAC yang dapat menghantar data audio setinggi 990 Kbps, serta sampling rate dan bit depth sebanyak 96kHz/24bit. Ini dapat mengurangkan sela masa dan tiada kehilangan data sewaktu penghantaran data audio, membolehkan kualiti dan runut bunyi muzik dipelihara, dan dipersembahkan dalam kualiti tertinggi. 

Dilengkapi Pembatalan Hingar Aktif ANC 2.0

Salah satu teknologi yang patut ada pada kesemua fon audio adalah pembatalan hingar aktif. Bagi HUAWEI FreeBuds Pro 2, ia turut menyertakan teknologi pembatalan hingar aktif ANC 2.0 yang dikemaskini, yang boleh mengurangkan hingar sehingga 47 dB dalam lingkungan frekuensi 50Hz sehingga 3000 Hz. 

Pembatalan hingar ini dikuasakan oleh tiga mikrofon bagi mengesan hingar dengan lebih tepat, dan terdapat tiga mod pembatalan hingar yang boleh dipilih pengguna. Mod Ultra merupakan mod pembatalan hingar paling kuat, dan sesuai digunakan apabila pengguna berada di tempat yang sangat bising contohnya pada LRT atau didalam kapal terbang.

Mod General pula membolehkan pembatalan hingar FreeBuds Pro ini beroperasi dalam kebanyakan situasi, manakala terdapat satu lagi mod iaitu Cozy, dikhususkan untuk suasana yang lebih tenang seperti di perpustakaan, bagi membatalkan hingar yang mengganggu seperti bunyi penyaman udara. 

Kesemua mod pembatalan hingar ini dijayakan oleh 4 mikrofon hibrid yang asalnya bertujuan membatalkan hingar sewaktu melakukan panggilan, dan dengan algoritma kecerdasan buatan yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI, membolehkan fungsi yang sama digunakan bagi membuatkan suara pengguna lebih jelas sewaktu melakukan panggilan, dan pada masa sama membatalkan bunyi hingar yang lain.

Integrasi HUAWEI Super Device Memudahkan Penukaran Tambatan Audio Mengikut Peranti

Memandangkan HUAWEI turut memasarkan komputer riba serta tablet adalah sangat bertepatan untuk mereka menghasilkan peranti yang saling berhubung dan berintegrasi antara satu sama lain. HUAWEI FreeBuds Pro 2 menyokong tambatan kepada dua peranti serentak, jadi anda boleh juga memilih untuk menerima panggilan menggunakan fon audio ini. Dan dengan integrasi HUAWEI Super Device, ia juga boleh ditambat dengan mudah kepada komputer, tablet, telefon pintar malah termasuklah TV pintar HUAWEI Vision, semudah pilihan seret dan lepas.

Waktu Operasi Mencapai 30 jam 

Satu lagi kelebihan yang ada pada HUAWEI FreeBuds Pro 2 adalah ketahanan baterinya yang panjang. Jika anda mencari TWS untuk tujuan digunakan sewaktu penerbangan dengan mod pembatalan hingar diaktifkan, anda dapat menggunakannya sehingga 4 jam berterusan, atau 18 jam apabila digunakan bersama kelongsongnya. Dan jika anda sekadar ingin menggunakan fon audio ini tanpa mengaktifkan fungsi pembatalan hingar, anda dapat mendengar berterusan sehingga 6.5 jam, atau 30 jam sekiranya digunakan bersama kelongsongnya.


HUAWEI FreeBuds Pro 2 ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Carbon Black, Ceramic White, dan juga Silver Blue. Ia dijual pada harga RM 899 dan tersedia di laman rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Store, Kedai rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada bermula 25 Ogos 2022. Dan lebih dari itu khas untuk pengguna HUAWEI sedia ada, anda boleh menebus baucar RM 100 menerusi aplikasi MyHUAWEI dan boleh digunakan di kedai rasmi HUAWEI, termasuklah kedai atas talian HUAWEI. 

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd