Cari @ Amanz

Konsep biayasama semakin popular di pasaran tempatan dan merupakan salah satu cara untuk mendapatkan dana awal bagi membangunkan syarikat. Selepas 17 bulan aplikasi islamik TheNoor dilancarkan, kini ingin mengumpul dana menerusi laman biayasama Ethis.

Menerusi biayasama ini, TheNoor menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM 5 Juta, dengan pelaburan minimum RM 500 bagi memiliki 20 unit saham. Pemilihan mereka untuk mendapatkan biayasama menerusi Ethis kerana Ethis merupakan laman biayasama yang patuh syariah. Tempoh pendanaan ini akan tamat pada pertengahan November 2022.

Dana yang ingin dikumpulkan ini akan digunakan bagi membangunkan beberapa fungsi tambahan antaranya fungsi menyemak bacaan Al-Quran secara kecerdasan buatan, kad pembayaran TheNoor dengan Visa, fungsi semakan saham patuh syariah menerusi ntime, dan juga penghasilan siri kartun untuk TheNoor Kids iaitu Lofa & Lofi.

TheNoor turut menyatakan yang mereka juga akan hadir dengan fungsi memfokuskan ibadah umrah dengan kerjasama Tabung Haji dari tempahan pakej, insurans perjalanan, pertukaran mata wang sehinggalah kursus umrah. Aplikasi TheNoor boleh didapati secara percuma menerusi kedai aplikasi Google dan Apple AppStore.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd