Proton Melancarkan Proton Exora 2023 – Dengan Arahan Suara “Hi Proton”, Sistem Inforia 7-inci

Diterbitkan pada Ogos 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Proton hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada penawaran mereka, melalui pelancaran Proton Exora 2023. Ia hadir dengan rekaan MPV tujuh tempat duduk bersama kemaskini rekaan serta sistem inforia pintar.

Proton Exora 2023 menyertakan rekaan logo Proton baharu dihadapan, menampilkan rekaan sporty, selain dilengkapi lampu LED cahaya siang, skirting sisi, dan spoiler belakang.

Ia menyertakan enjin pengecas turbo 1.6 liter dengan transmisi CVT, menawarkan kuasa 140PS dan pecutan 205Nm.

Pada bahagian sistem inforia, ia kini menyertakan skrin sentuh 7-inci, yang turut dilengkapi sokongan navigasi atas-talian, sokongan penstriman muzik, ramalan cuaca, serta arahan suara “Hi Proton” untuk melakukan beberapa kawalan dalam kenderaan.

Pengguna boleh memautkan peranti Android, selain turut dilengkapi port USB untuk pengecasan peranti.

Ciri lain yang turut disertakan adalah sistem brek anti-kunci (ABS), pengagihan brek elektronik (EBD), kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan isyarat berhenti kecemasan (ESS). Proton Exora 2023 ini turut dilengkapi kamera undur dan juga snesor parkir belakang.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Proton Exora 2023 ini pada harga bermula RM62,800 untuk 1.6T Executive CVT, atau RM69,800 untuk 1.6T Premium CVT.

komen


© Amanz / 2022 Kami