Lagi maklumat mengenai pelan Netflix dengan sokongan iklan muncul minggu ini. Sebelum ini terdapat bukti dalam kod menunjukkan pelanggan tidak boleh memuat turun kandungan Netflix. Hari ini muncul lagi petanda video juga mungkin dihadkan pada resolusi 480p sahaja.
Tetapi ini mungkin tidak mengejutkan kerana pelan paling murah tanpa iklan pada waktu ini untuk peranti mudah alih sahaja turut mengehadkan kualiti pada resolusi 480p. Dari pengalaman peribadi resolusi 480o sebenarnya memadai untuk skrin telefon pintar dan jika ura-ura ni benar ia mungkin tidak akan menjadi isu besar kepada pelanggan pelan dengan sokongan iklan kelak.