VPN Pada iOS Dikatakan Tidak Melindungi Data Pengguna

Diterbitkan pada Ogos 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

VPN adalah satu perkhidmatan rangkaian yang melindungi data pengguna dengan menggantikan alamat IP dan pelayan DNS kepada lokasi berbeza seperti luar negara agar data tidak boleh diakses oleh orang luar. Dengan kata lain, VPN boleh melindungi aktiviti atas talian seseorang.

Tetapi menurut penyelidik sekuriti Michael Horowitz, VPN pada iOS tidak benar-benar berfungsi dan data pengguna semuanya disebarkan luar daripada sambungan VPN.

Dalam iOS, apabila VPN disambungkan semua sambungan rangkaian akan ditutup dan akan dibuka melalui laluan khas untuk sambungan yang lebih selamat. VPN sepatutnya menutup semua laluan sambungan yang tidak selamat, tetapi pada iOS laluan ini tidak dibenarkan untuk tutup.

Mozilla VPN

Michael menyatakan Apple sudah sedar akan masalah ini sejak dua tahun lepas lagi pada iOS 13, dan sehingga hari ini Apple masih tidak membaikinya. Perkhidmatan ProtonVPN turut sedari masalah ini sejak tahun 2020 lagi dan mana-mana perkhidmatan VPN pada iOS turut tidak boleh melindungi data pengguna. beliau turut menguji pelbagai perkhidmatan VPN pada iOS 15.6 dan masalah ini masih berlaku.

Apple ada menawarkan cara untuk menyelesaikan masalah ini kepada pembangun, di mana ada kod disediakan dalam iOS untuk membaikinya – tetapi ciri ini tidak diaktifkan secara automatik. Michael menyatakan kaedah paling selamat menggunakan VPN pada iOS adalah menggunakan sambungan WiFi pada penghala yang ada VPN terbina. Ini bermakna, jika sambungan data mudha alih – VPN mungkin tidak akan dapat melindungi data pengguna langsung.

komen


© Amanz / 2022 Kami