Cari @ Amanz

Realme TechLife Buds T100 telah diperkenalkan di India. Ia merupakan set fon telinga nirwayar dari jenis dalam telinga (in-ear) bertangkai dengan putik silikon. Melaluinya, ia mampu menghasilkan sambungan kedap antara putik audio dan telinga pemakai.

Sepasang pemandu audio 10mm digunakan yang turut menyokong pembatalan hingar elektronik (ENC) berasaskan AI. Seterusnya, tambahan pantas boleh dilakukan menerusi sokongan Bluetooth 5.3, di samping turut melepasi penarafan kalis air IPX5 yang sesuai digunakan ketika bersenam.

Dengan bateri 400mAh, fon telinga ini boleh beroperasi sehingga 28 jam dengan bantuan pod pengecas. Kemudian, ketahanan menurun kepada 6 jam dengan sokongan fon telinga itu sendiri. Pengacasan semula boleh dibuat menerusi sambungan port USB-C.

Realme TechLife Buds T100 dijual di India pada INR1499 (~RM84) dengan pilihan warna seperti Punk Black dan Pop White.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd