Cari @ Amanz

Oppo Reno8 Z 5G dan Enco Buds2 telah disahkan bakal dilancarkan di Malaysia. Kini, Oppo dilihat berkongsi lanjut mengenai tarikh pelancarannya yang dijadualkan berlangsung pada 25 Ogos 2022. Pengenalan kedua-duanya kelak bukan sahaja mengemaskini portfolio peranti pintar Oppo. Malahan, turut memberi lebih pilihan buat pengguna yang mencari telefon pintar dan fon telinga untuk kegunaan tertentu.

Tiada maklumat lanjut mengenai perkakasan dalaman peranti yang dikongsi buat masa ini. Namun sekiranya ia adalah variasi yang sama seumpama variasi yang dilancarkan sebelum ini. Oppo Reno8 Z 5G akan dilengkapi cip Snapdragon 695, bateri 4,500mAh, sistem pengecasan 33W dan kamera utama 64MP. Sementara itu, Oppo Enco Buds2 pula menggunakan sepasang pemandu audio sebesar 10mm, pembatalan hingar berasaskan AI, ketahanan bateri hingga 28 jam dan penarafan kalis air IPX4.

Seperti biasa, sama-sama nantikan pelancaran rasmi kelak untuk ketahui lebih lanjut mengenai produk termasuk harga jualan rasmi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd