Cari @ Amanz

Xiaomi tahun ini telah pun melancarkan beberapa peranti di bawah siri Xiaomi 12. Mereka bermula dengan Xiaomi 12/12 Pro, Xiaomi 12S/12S Pro, Xiaomi 12S Ultra dan semalam Xiaomi 12 Lite.

Terkini, Xiaomi dilaporkan sudah pun bersedia untuk melancarkan Xiaomi 13 pula. Peniris terkenal dari China, Digital Chat Station mendakwa yang Xiaomi 13 akan menggunakan skrin yang rata. Bukan itu sahaja, resolusi skrin dikatakan adalah 2K dan akan menggunakan rekaan skrin dengan bezel yang lebih nipis.

Skrin yang rata akan terhad dengan resolusi 1080p pada peranti Xiaomi 13, sementara 13 Pro akan menggunakan skrin melengkung panel LTPO dengan bahan E6 serta resolusi 2K. Kedua-dua skrin akan mempunyai lubang untuk kamera swafoto.

Untuk cip pemprosesan, siri Xiaomi 13 mungkin akan menggunakan cip Snapdragon Gen 2 atau Dimensity baharu yang belum dilancarkan lagi. Bersama-sama dengannya adalah cip Xiaomi yang tersendiri. Pelancaran peranti ini dikatakan adalah sekitar November akan datang untuk pasaran di China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd