Sistem notifikasi aplikasi TuneTalk kini dilihat diceroboh oleh pihak ketiga, sekaligus membuatkan aplikasi tersebut menghantar notifikasi spam kepada pengguna.
Daripada perkongsian para pengguna melalui platform media sosial, ia dilihat ramai yang menerima notifikasi berkaitan kriptowang melalui aplikasi TuneTalk, selain turut mengatakan pengguna memenangi hadiah berbentuk kriptowang.
Buat masa ini, ia tidak diketahui bagaimanakah pencerobohan dan silap penghantaran notifikasi ini berlaku.
Bagi pengguna TuneTalk, anda dinasihatkan untuk tidak memasukkan sebarang info, atau terpedaya dengan notifikasi spam ini. Melalui pertanyaan kami kepada pihak TuneTalk, mereka memaklumkan notifikasi aplikasi terbaru mungkin telah diceroboh, dan pasukan TuneTalk sedang menyiasat perkara ini.