Maybank dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa sebahagian perkhidmatan utama mereka tidak akan dapat diakses untuk sementara waktu pada 21 Ogos 2021. Ia melibatkan perkhidmatan Maybank2u dan perbankan mudah-alih yang tidak akan tersedia secara berperingkat dari jam 3 hingga 7 pagi.

Dalam kenyataan yang sama, Maybank turut memaklumkan bahawa mesin ATM dan terminal layan diri (SST) akan dibuka bermula jam 7 pagi dan bukannya 6 pagi pada hari berkenaan. Maybank menyatakan hal ini berlaku disebabkan kerja penyelenggaraan pada sistem, dalam masa sama turut memohon maaf atas kesulitan serta masalah yang berlaku.