Proton kini mengumumkan mereka akan menjual kereta elektrik Smart model pertama di Malaysia, bermula suku tahun ke-4 2023 kelak.
Perkara ini dikongsikan oleh Proton selepas selesai memeterai perjanjian untuk menjual kereta elektrik jenama Smart di Malaysia dan Thailand.

Kereta elektrik Smart #1 ini merupakan sebuah kereta sedan kompak empat pintu, hadir dengan motor berkuasa kuda 262, dengan kelajuan maksimum 180 km/j. Ia juga menawarkan perjalanan sehingga 440 km dengan sekali pengecasan penuh – serta boleh dicas sehingga 80% dalam masa 30 minit melalui pengecasan 150 kW DC.

Buat masa ini, harga jualannya tidak diketahui lagi. Di China, ia dipasarkan pada harga bermula sekitar RM127,000.
- Sumber
- Sumber : Proton