Era perkembangan seterusnya dalam arena automotif dilihat adalah lebih ke arah kenderaan elektrik. Selari dengannya, ia turut memerlukan rangkaian pengecas kenderaan yang utuh dalam memastikan pengguna berani beralih menggunakan kereta elektrik.
Di Malaysia, usaha ke arahnya telah dimulakan, termasuk oleh pihak Petronas dan Shell. Disamping itu, ia turut menyaksikan beberapa peserta baharu seperti Tenaga Nasional.

Terbaru, Proton turut mengumumkan hasrat ingin melabur pada rangkaian pengecasan kenderaan elektrik.
Proton akan bekerjasama bersama salah satu penyedia pengecasan tempatan, termasuk menawarkan pemasangan unit domestik untuk pengguna yang ingin mengecas kereta di rumah.
Proton berkongsi berkenaan perancangan untuk rangkaian pengecasan kereta elektrik ini selari pengumuman akan menjual kereta elektrik Smart #1 di Malaysia pada suku ke-