Rocket Lab Ingin Lancar Misi Ke Planet Zuhrah Dalam Mencari Kehidupan Di Planet Tersebut

Diterbitkan pada Ogos 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, beberapa misi sedang berjalan di planet Marikh dalam mengenali lebih dekat planet ke-4 dari sistem suria. Selain daripadanya, kini salah satu syarikat swasta, Rocket Lab turut berhasrat melancarkan misi ke planet Zuhrah dalam usaha mencari kehidupan di planet tersebut.

Mengikut perancangan awal, misi ini dijangka dilancarkan sekitar Mei 2023 kelak, dan ia mungkin mencapai Planet Zuhrah sekitar Oktober 2023. Sebaik sahaja di sana, sebuah prob kecil seberat 20 kilogram akan dilepaskan ke atmosfera planet tersebut.

Ia seterusnya dijangka akan terbang di atmosfera selama 5 minit 30 saat, sebelum turut ke permukaan planet tersebut. Segala data yang dihimpunkan dan dipancarkan kembali ke Bumi dijangka akan membantu dalam lebih memahami sistem suria, serta bagaimana keadaan sesuatu planet. Zuhrah adalah planet kedua dari matahari.

Apa yang menariknya mengenai misi yang dirancang ini adalah ia dilakukan dan dana adalah dari pihak swasta sepenuhnya dalam mengekplorasi planet-planet baharu di sistem suria.

komen


© Amanz / 2022 Kami