Carian
Rawatan Termahal Dunia Untuk Beta-thalassemia Dijual Pada Harga RM12.5 Juta
August 20, 2022 Effi Saharudin

Di Malaysia hospital kerajaan menawarkan rawatan untuk pelbagai jenis penyakit pada kos yang rendah kerana harga ditanggung oleh duit pembayaran cukai. Sistem sedia ada tidak sempurna tetapi lebih baik berbanding sistem di Amerika Syarikat dengan kos ditanggung sendiri oleh pesakit sehingga menyebabkan bebanan hutang melampau.

Oleh itu tidaklah mengejutkan Agensi Dadah dan Makanan Kebangsaan Amerika Syarikat (FDA) telah meluluskan rawatan untuk penyakit Beta-thalassemia yang menelan belanja $2.8 juta (RM12.5 juta). Rawatan gen menggunakan ubat Zynteglo ini dicipta oleh syarikat Bluebird Bio.

Sel tunjang dari sumsum tulang pesakit akan diambil dan kemudiannya akan menghasilkan komponen beta-globin menggunakan rawatan gen. Selepas menjalani rawatan di antara 70-90 hari, pesakit Beta-thalassemia tidak akan lagi memerlukan rawatan pemindahan darah setiap 2 ke 5 minggu.

Komen