Nilai Bitcoin Kembali Menjunam Bawah RM100,000

Diterbitkan pada Ogos 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nilai mata wang kripto Bitcoin kembali menjunam sejak semalam dan ketika artikel di tulis terapung pada sekitar RM95,000 untuk 1 Bitcoin. Penurunan mendadak ini memadam peningkatan nilai Bitcoin sejak awal bulan ini yang mencecah nilai RM108,720 pada 13 Ogos yang lalu.

Sebab nilai Bitcoin jatuh kali ini masih belum jelas. Tetapi setakat ini nilainya kembali meningkat secara perlahan-lahan selepas jatuh sehingga RM93,920 awal pagi tadi. Seperti biasa kejatuhan Bitcoin turut menyebabkan mata wang kripto lain seperti Cardano, dan Solana turut jatuh.

komen


© Amanz / 2022 Kami