Pentas Akan Menyokong Rantaian Blok Tezos Menjelang Suku Ke-4 2022

Diterbitkan pada Ogos 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pentas merupakan salah satu laman jual-beli NFT popular di Malaysia. Pada hari ini, ia menyokong rantaian blok BNB, dan bergerak kehadapan Pentas kini mengumumkan akan turut menyokong rantaian-blok Tezos pada platform mereka.

Dengan langkah ini, ia turut membawa kepada evolusi multi-rantaian pada Pentas, dan tidak terikat pada hanya satu rantaian-blok sahaja.

Penambahan sokongan Tezos akan membolehkan para pengguna berjual-beli NFT pada rantaian Tezos, selain turut menggunakan kriptowang Tezos dalam melakukan pembayaran dan pembelian.

Langkah penambahan ini juga sekaligus membuka kepada spekulasi lebih banyak rantaian-blok lain bakal ditambah pada platform NFT tersebut bergerak kehadapan, dan tidak lagi hanya terikat dengan satu sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami