Angka Penghantaran SMS Di Malaysia Terus Memperlihatkan Penurunan
Aman
Pada hari ini, lebih ramai telah mula berkomunikasi menggunakan perkhidmatan permesejan atas-talian, seperti WhatsApp, Telegram, dan sebagainya. Ini sekaligus membawa kepada penggunaan SMS yang semakin berkurangan dari hari ke hari.
Melalui angka statistik yang dikongsikan oleh SKMM untuk suku pertama 2022 lepas, jumlah SMS yang dihantar adalah sebanyak 633.9 juta SMS. Ini memperlihatkan penurunan yang agak drastik berbanding suku ke-4 2021 lepas yang berjumlah 710.5 juta SMS.
Angka SMS ini dijangka akan terus memperlihatkan penurunan dari hari ke hari, dengan lebih ramai beralih kepada perkhidmatan permesejan, selain pengenalan perkhidmatan seperti RCS.
Bagi anda sendiri, adakah anda masih kekal menghantar SMS?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.