Cari @ Amanz

Perodua terus menerajui arena automotif tempatan, dan kini telah menambah sokongan Apple CarPlay pada kereta Perodua Alza AV 2022 terbaru mereka.

Bagi pengguna baharu, ia akan diaktifkan ketika pembelian, sementara untuk mereka yang telah sedia menerima kenderaan tersebut, ciri Apple CarPlay akan diaktifkan melalui kemaskini perisian ketika servis di pusat Perodua.

Dengan pengenalan ini, ia sekaligus menjadikan Perodua Alza AV 2022 menyokong kedua-dua Android Auto dan juga Apple CarPlay. Dengan langkah ini, anda boleh menghubungkan telefon pintar ke skrin telefon, dan menikmati ciri-ciri kawalan ketika pemanduan melalui skrin 9-inci yang disertakan pada Perodua Alza AV 2022 ini.

Untuk makluman, ciri ini hanya ditawarkan untuk varian AV sahaja, dan varian Perodua Alza 2022 lain tidak menyokongnya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd