Cari @ Amanz

UK kini mengumumkan mereka menyasarkan pengenalan kenderaan swapandu di atas jalan-raya menjelang 2025 kelak.

Pada hari ini, pelbagai syarikat dan negara sedang menguji kenderaan swapandu, tetapi masih belum membenarkan ia digunakan secara rasmi di jalan raya sepenuhnya.

UK ingin menjadi terawal membolehkan kereta swapandu di gunakan dijalan raya, sekaligus mengambil peluang untuk industri automotif yang kini menjadi perhatian ramai.

Proton Swapandu eMoovit

UK dijangka menawarkan sokongan kenderaan swapandu secara berperingkat, bermula dengan pengangkutan persendirian seawal 2024 kelak, dan diikuti kenderaan penghantaran dan pengangkutan awam selepas itu.

Pada masa yang sama, UK turut menetapkan yang mana syarikat pengeluar akan bertanggungjawab terhadap aksi kenderaan swapandu, dan bukannya pemandu yang berada di sebalik kenderaan tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd