Dengan permulaan pengenalan sistem operasi Android 13 yang terbaru, semestinya ramai yang ingin mengetahui bilakah peranti masing-masing akan menerimanya. Ini termasuk untuk telefon keluaran Nothing terbaru, iaitu Nothing Phone (1).

Menjawab mengenainya, Carl Pei, pengasas Nothing, tidak menjawab persoalan tersebut terus, sebaliknya mengatakan “sesuatu produk itu adalah lebih daripada sekadar spesifikasi, ciri-ciri dan juga angka versi”.
Sebelum ini, Nothing menjanjikan akan menawarkan kemaskini Android OS selama tiga tahun, bermula Android 12. Namun, ia tidak diketahui berapa pantas mereka akan menawarkan kemaskini untuk peranti mereka.
Dengan lambakkan peranti di pasaran hari ini, salah satu perkara yang turut dilihat orang ramai adalah sokongan kemaskini perisian – dalam memastikan pengguna menerima ciri baharu, selain dilindungi sekuriti terkini. Jawapan Carl Pei ini mungkin mengecewakan sejumlah pengguna yang meminati jenama Nothing.